Automatic Slideshow


Change image every 2 seconds:






1 / 3


Caption Text




2 / 3


Caption Two




3 / 3


Caption Three
















16 December 2018

salam readers.....


sesekali update blog ni kita sharing la topik menarik sikit kan...
mana tau ianya bermanfaat untuk u olls.
 hari ni nak share dengan u olls berkaitan teknikal sedikit..
ianya berkaitan dengan masalah SMARTPHONE.

rasanya sekarang ini majoriti menggunakan smartphone kan?
fokus saya pada sesiapa yang ada masalah dengan LOGO stuck smartphone android...

yang mana ada masalah seperti yg saya nyatakan
 boleh baca dulu pengalaman saya mengatasi masalah ini sebelum anda membawanya ke kedai baiki telefon. bagi saya ia mudah asalkan anda ada
perkara seperti di bawah:


-telefon bimbit yang rosak
- pc/laptop
-internet
-usb kabel



smartphone  OPPO R1001 dan
                      ACER LIQUID Z520
MASALAH:
stuck pada start LOGO . flash akan berulang2 pada start LOGO .
handphone akan on off sebelum mati sendiri

kaedah saya gunakan yang 100% working adalah mengunakan SP FLASH TOOL firmware..




download dr internet:

1 .usb driver
2. sp flash tool firmware
3. mtk  -> mt 6582( acer liquid z520) / mt 6572( oppo r1001)*

---PASTIKAN file di extract sebelum guna dan di letakkan dalam location yang sama.
---pastikan juga file yg diextract itu sama dengan yg asal pada .rar file

* lain smartphone lain no siri mtk yang digunakan... ini perlu dipastikan betul..



LETS START...>

--  install usb driver:

klik installdriver
tunggu sehingga successful notification

-- open dan run sp flash tools
   klik flash_tool



screen shows


klik pada scatter
* dalam masalah saya ini mtk driver sudah 2 kali diguna berlainan telefon jadi sebab itu dia ada option choose 


--- open mtk driver file (MT6572/MT6582)
Klik MT6582 android scatter
 tunggu sehingga loading dan klik " download only" pada sp flash tool



--cabut bateri telefon kemudian sambungkan usb kabel telefon dengan pc
pastikan pc detect telefon - bunyi
--apabila telefon detected by pc klik butang DOWNLOAD pada bahagian atas sp flash tool..
--tekan :
 power on off                        - untuk acer phone
power on off+ volume down- untuk oppo

--tunggu sehingga loading process warna merah diikuti warna kuning keluar...tunggu sehingga selesai proses loading...notification download ok akan terpapar.

--- cabut usb kabel
---masukkan bateri dan hidupkan semula handphone ....

handphone akan working.....FINISH...

 






23 July 2017

BELAJAR MEMANDU

BELAJAR MEMANDU 
     
Salam olls.. haa…ada yang tengah tercari2 tempat untuk belajar memandu yang sesuai atau yang best di shah alam area? Adik2 lepasan spm khususnya..Jom baca pengalaman saya ambil lesen belajar memandu … mana tahu ini dapat bantu anda membuat pilihan institut memandu yang sesuai dengan anda.

Sebelum bertemu dengan agensi memandu pilihan,pada awalnya saya juga seperti anda tercari2 diinternet tempat yang sesuai untuk saya belajar  memandu. Criteria seperti dibawah semestinya menjadi pilihan kan:

1. kos atau harga belajar murah
2. ada pengangkutan dari rumah ke akedemi  memandu(bagi tiada pengangkutan)
3. tenaga pengajar bagus
4. jadual masa yang flexibel  dan sesuai
5. pengurusan lesen yang cepat dan cekap
6. mudah lulus
7. tempoh belajar yang singkat
8. agensi sekolah memandu berdaftar
9. lokasi dekat tempat tinggal
10.kaedah bayaran flexible

Pencarian di internet menemukan saya dengan agensi  SEKOLAH MEMANDU NASH  dibawah Institut Mandu Cekap . Lokasi agensi terletak di seksyen 2 shah alam sementara tempat latihan di seksyen 25 subang hi tech.s.a.

Pakej yang saya pilih- belajar memandu kereta (kelas D) manual sekali dengan pengangkutan dr rumah yg memakan kos 1k++..kalau ambil lessen kereta automatic mahal skit la dr manual.. n lessen auto hanya boleh bawa auto shaja tapi lesen manual both kita boleh bawa after dpt lesen nanti…

 sepanjang  tempoh belajar memandu ,saya berurusan dengan kak Normi yg sgt sporting menguruskan jadual2  belajar  memandu saya. Memandangkan saya bekerja, saya hanya memilih untuk latihan pada hari sabtu dan ahad sahaja..nak habiskan lesen ni saya ambil masa 8 bln memndgkn byk cuti blk kg jugak hari sbtu ahad plus event n meeting kerja.. bg jadual straight, plg minimum lessen boleh hbskn dlm 3 bulan..kereta kancil digunakan sepanjang latihan memandu namun berbeza pula semasa ujian, kereta viva . aish pelik pulak? Camane nak lulus kalau dah belajar kereta lain time test kereta lain? ye x? haa..lepas dah dapat lesen tentu anda nak pakai pelbagai kereta betul x? x semestinya  kancil jee.. macam vios,kia, Honda ,Peugeout, myvi.. n pelbagai variasi kereta pilihan…

Pengajar saya sepanjang latihan, en hairul. Muka iras2 adlin pelakon tu. Agensi ni ada beberapa tenaga pengajar dua drpnya perempuan dan semuanya melayu. Ada yang request tenaga pengajar perempuan bagi perempuan yg menjaga aurat dan batas (sebelum tu sy x tau plak bleh request ).  Sepanjang  latihan bukan sahaja diajar memandu, malah  en hairul turut menerangkn fungsi2 komponen di dlm enjin ..ye lah..time saya ambil ni baru je silibus ditambahbaik sebab tu lah kos blajar pun naik..time test tu mesti kene terangkan pasal enjin2 tu dpn jpj nanti.. jd bg adik2 tu..hangpa kena la paham, hapai n ingat noh..  
Pengajar ni guide sy dr zero sampai la sy boleh bw kereta n lulus. Sebelum ni sy x pernah memandu n sepanjg latihan x pernah mandu kereta lain… 15 jam +1 jam tambahan masa latihan complete.then test.. TERIMA KASIH guru.

Test JPJ saya ketika itu menyeronokkan..pasai  pa?hUJAn lebat…… sampai sesi ujian ditangguhkn sementara. .sehingga debaran n gementar tu hilang sekejap… sesi di dlm litar dijlnkn ketika hujan renyai..sesi jalan raya saya punye turn yg ke2 last. Time ni tinggal dlm 4 org jer student. Maklumlah hampir pukul 6 ramai yg da settle. Dr pukul 10—6..memakan masa 1 hari wokey untuk ujian… bagi sy, the whole jpj terlibat pada waktu itu is all nice, x cerewet unless kita buat major fault. Dan ramai yg lulus. Alhamdulillah, saya telah lulus dengan sekali test…takut benar failed..melayng  350 sekali failed..jd hati2 n buat betui2 time test kalo x mo duit senang 2 melayang……

Hm…saranan bagi yg baru nk mula belajar n x tahu apa2 ..khususnya adik2 lepasan spm, juga buat yg ada komitmen  dgn kerja n berkejar dgn masa, u better go to agensi la.. sebab agensi  memudahkan urusan kita. Pengalamn kawan sy ambil lain agensi kena pergi sendiri pjbt jpj utk proses mohon lessen after test.ini makan kos tmbg pengngkutan selain ambik time kita. tp bersama agensi ini memudahkn sy mula dr dftr sampai dapat lessen. Semua diuruskn..

Psstt..hari last kak normi gitau kalo saya bawa orang utk wat lessen ngan dia, dia akan bg skit komisen…so, readers yg jumpa blog ni yg nk ambik lessen situ jgn lupa mention yer..hehe.kot la dapat komisen.hehe.

















28 February 2017

Visit MARDI AGROPARK CAMERON HIGHLAND

salam alls...

lamaaanya tinggal blog ni... dah berhabuk sawang bagai daa..
entri kali ni nak share dengan u olls time singgah di Cameron highland selepas p kenduri weekend baru ni.. kenduri majlis bertandang cousin ke kampung gajah perak... majlis bertandang aka sambut menantu konvoi 6 buah kereta... kami bertolak pagi jumaat sampai petang pukul 4 lebih di simpang pulai sebelum di bawa ke kampung gajah yg mengambil masa sejam lebih sebelum tiba di inap homestay yg di tempah khas pihak lelaki. apa yang menariknya datang ke perak kali ini dapat tgk live lumba basikal le tour de langkawi yg melalui route menghala ke pantai remis..meriah sungguh dengan sorakan kanak2 ketika  para pelumba merentasi hadapan homestay yg kami menginap..

selesai majlis kenduri kami mula bertolak pulang..kami berpecah ada yg mengambil laluan pulang melalui gerik dan melalui cameron. tapi kami memilih melalui cameron untuk singgah di tempat adik lelaki kami yang tinggal di cameron. memandangkan trip kami masih jauh dan malam bakal menjelma tambah khuatir bila drive malam pencahayaan kurang jelas..jadi kami buat keputusan utk stay di tempat adik kami pada mlm tersebut...

singgah di Cameron highland ini sempatlah kami melawati taman teknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata. lebih kurang 10 minit dari kawasan rumah sewa adik kami. jangan x tahu entrance ke taman MARDI ini bertiket tau! x mahal pun.. cuma  RM 3 bagi dewasa. memang wow lah landskap yang dibina di sini... bagi sesape yang nak buat fotografi memang sesuai sangat..view Cantik!! Selain boleh tgk penanaman sayuran disini tau..  x nak cakap banyak lah...


 jom tgk gambar yg sempat di snap dulu..















05 September 2015

BERSAMA DUNIA KANAK-KANAK


 

Zaman kanak2 semestinya menjadi zaman yg paling manis dalam memori seseorang betul x? Namun, di era globalisasi yg serba canggih ini, masih ada kanak2 yg melalui pengalaman pahit bila adanya penderaan, penyeksaan dan pengabaian oleh ibu bapa serta ahli keluarga. Malah, sekarang ini banyak disiarkan berita penderaan oleh pihak ketiga iaitu dari pusat jagaan/asuhan..Kesan penderaan ini akan memberi kesan terhadap dunia kanak2 utk membesar dgn baik..Zaman ini menjadi penting bagi membentuk kepribadian dalam diri kanak2 semestinya.. seperti kata org " bagai mencorakkan warna ke kain putih"...jika pandai mencorakkannya,, maka cantiklah hasilnya..jika tidak..rosaklah coraknya... 


seusia aku semestinya ramai yg sudah bergelar ibu/bapa kan?..ada yg sudah mempunyai seorg atau dua org anak.. dan ada juga yg baru hendak menerima 'orang baru' iaitu anak kecil. Semestinya, ibu bapa yg kurang berpengalaman dalam dunia kanak2 ini menjadi nervous dalam menguruskan anak2 kecil mereka sendiri terutamanya terhadap anak kecil seawal usia satu atau 2 bulan...maka..solusinya.. pemilihan taska menjadi option.. pengalaman di dlm bidg pengasuhan sedikit sebyk memberikn gmbaran kepadaku terhadap situasi ibu bapa berkerjaya dalam menjaga anak2 mereka. ada ibu bapa yg hebat dalam kerjaya tetapi bila berhadapan dengan dunia anak kecil menjadikan dia nervous terutamanya bagi si ayah.. mengambil contoh mudah dalm menyusukan bayi.. bagi anak kecil seusia 1 atau 2 bln kebiasaanya penyusuan bayi oleh ibu.. namun, dlm keadaan tertentu si ayah perlu membantu ibu menyusukan bayi..si ayah yg baru hendak belajar menyusukan bayi akan mengalami kesukaran utk menyusukan bayi mereka..tersilap langkah, bayi boleh tersedak susu. dan keadaan ini akan menjadi trauma bukan sj pada anak malah kepada si bapa itu sendiri  utk terus membantu si isteri menyusukan bayi mereka. di sini lah pentingnya ilmu teknik penyusuan bayi..

Berada bersama kanak2 memberikan pelbagai ragam yg menghiburkan, mencuit hati malah ada yg menyesakkan dada (marah..konon..huhu)..Oleh itu..jadilah org yg sabar dalam menghadapi dunia kanak2. bila "kita sejahtera..kanak2 sejahtera" okies..





05 January 2013

2013... titik fokus?

Salam & selamat tahun baru semua...terasa begitu cepat masa berlalu kan.....

semestinya setiap kali angka bertukar angka..
maka seiring dengan itu, azam baru juga turut tercipta..betul x?


2012 then 2013... 
akan ada perubahan pada titik fokus dalam minda kita...samada pada kerjaya, pelajaran, rumah tangga... dan sebagainya.. demi sebuah kehidupan! ia harus ditentukan....
Dalam mencari titik fokus.... tentukan niat kita.. niat itu DOA... 
setiap perbuatan kita seharusnya dimulakan dengan DOA... menjadikan kbergantungan kita pada ALLAH swt.. kerana yang menentukan kehidupan kita adalah ALLAH swt.. kata orang "hidup umpama roda".. ada masa  kita di atas dan ada masa kita dibawah.. hanya ALLAH yang tahu bila waktu dan ketikanya... maka berniat dan berdoalah pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan..

Memetik kata2 seorang falsafah inggeris mengatakan " What we do in the world is a consequence of what we think and how we do in the world is a result of how we think" . benar...apa yang kita buat itu yg kita fikir dan bagaimana kita bertindak itulah hasil pemikiran kita... jadi berfikir sebelum bertindak! itulah yang harus disematkan dalam diri kita...

jika azam tahun lepas tidak dapat disempurnakan..jangan mudah putus asa okies!..kerana 
"one can deal with no problem when one can analyzed its nature!"...



30 July 2012

salam ramadhan ....

salam all... 
selamat berpuasa.....dan selamat bersahur(maklumlah jam laptop sekarang dah pukul 4:06am..huhu)..amalkanlah sahur..kerana BERSAHUR itu adalah sunnah selain ia menjaga kesihatan dan memberikan kita kecergasan bagi melakukan aktiviti di waktu siang....


dan di bulan ramadhan ini lipat gandakanlah ibadat dengan melakukan aktiviti di waktu malam iaitu dengan melakukan solat2 sunat, sekurang2nya dengan melakukan solat sunat 2 /4 rakaat, banyakkan membaca al quran di mana kita diseru untuk mengkhatamkan alquran dengan sekurang-kurangnya dengan satu kali khatam iaitu  dengan bacaan 30 juzuk alquran...


jadi..sebelum bersahur eloklah kita bersolat sunat terlebih dahulu sekiranya kita bangun awal...ini kerana kita disunatkan untuk melewatkan BERSAHUR dan mempercepatkan BERBUKA puasa... jadi manfaatkanlah waktu di bulan ramadhan ini dengan mengisi masa2 terluang dengan melakukan ibadah2 sunat yang boleh menambahkan pahala selain mendatangkan kebaikan terhadap diri dan kehidupan kita...

jadi to all...
"sama2lah kita gandakan usaha beribadah dismping mengelakkan perkara2 mendatangkan makruh/batal puasa ye!"

08 March 2012

setelah sekian lama ......

salam to all....


wah..suda lama tidak menulis  kat blog ni ...x de ape yg nk dceritakan ... masih tiada perkembangan terbaru(waa..macam retis gitu..he2) sesudah tamat gelaran mahasiswa dan masih memegang gelaran graduan namun belum memegang gelaran wanita berkerjaya... namun aku percaya..rezeki Allah tetap datang kepadaku..cuma masa sahaja yang membezakan cepat dan lambatnye ia tiba..asalkan kita meminta kepada Yang  Maha Esa dan berusaha mendapatkannya.. ye x?.teringat aku dengan satu nasihat seorang insan bergelar 'wanita' yang mengatakan:


"Allah tidak memberikan pada kita apa yang kita minta pada masa sekarang, namun ia simpan untuk memberikan ganjaran yang lebih baik pada masa akan datang..pada masa itu, kita tidak akan  menyedari akan kelebihan yang diberikan pada kita...."
ada kebenaran pada kata-kata itu..


suka untuk aku mengingatkan dengan perkataan "APPRECIATE" yang sering kali kudengar sewaktu  bergelar mahasiswa...benarlah..yang kita harus "MENGHARGAI=APPRECIATE" apa yang kita ada....
Menghargai sesuatu biarpun ia sekecil dan sedikit cuma..yang mana ia tidak akan menampakkan impak pada orang lain...namun itulah yang akan menjadi semangat pada kita...bagi mencapai sesuatu hasrat yang kita impikan....


jadi to all..
" hargailah apa yang anda ada sekarang...."





18 September 2011

:: PUISI ::

mungkin ada yang telah melihat dan mendengar puisi ini sebelumnya
namun......hayatilah.....


"BERIKANKU KETENANGAN"


Ya Allah, pada Mu aku berserah…
aku insan yg lemah .
bantu aku mengatasi kekusutan hati ini.
Bantu aku ya Allah
bagi meringankan beban
yang membelenggu fikiranku .
buanglah ia jauuh dariku……

aku mahu hati ini tenang ,
jauh dari kekusutan,
bahagia dalam kehidupan,
aman dari penjajahan fikiran,
berilah aku kekuatan semangat
untuk menggarap harapan
di masa hadapan…

masih jauh perjuangan harus ku tempuh
mengutip pengalaman sepanjang perjalanan
agar dapat menjadi bekalan
dalam mencari sinar kehidupan

hati yg rawan usah di biarkan
berlalu tanpa penjagaan
hingga membatasi luar fikiran
jadikan tinta sebagai teman
tatkala berada dalam kesunyian…

*// mungkin ada hati yg sedang rawan saat ini......
     ingatlah bahawa setiap apa yg Allah berikan adalah suatu UJIAN buat kita.
     menguji tahap ingatan kita padaNYA..
     namun percayalah Allah tidak akan menguji kita jika kita tidak mampu menerimanya....*//

15 September 2011

Hm...?


selamat hari malaysia!! tp bukan nak cerita pasal merdeka...hmm..tapi pasal ape ek? cecite-cecite........



Time tgk tv ari tu ada la tertengok satu iklan ni...."hm..macam best je", terdetik kata2 tu di hati aku..timbul minat di hati untuk menyertai..bg mendapatkan maklumat lanjut, lantas laptop dibuka dan  search keywords"skrip tv" ditaip then terus klik di link tersebut. iklan yg bertemakan warna hijau muda kemudiannya terpapar di screen laptop..


Nah ini dia!!



 iklan 'pertandingan penulisan skrip tv' yg menawarkan hadiah RM5000!!! anda berminat?kan...
jom sertai..jangan dibazirkan bakat yg terpendam..."ada idea?keluarkan..kemudian terjemahkan dengan penulisan"...

bila dengar je pertandingan..timbul rasa minat nak try wat skrip tu.huhu..("aku ni sebenarnya ambik course elektrical atau sastera?",hatiku mula bermonolog.

ingatkan skrip tv sama cam skrip drama biasa macam yg kita wat time2 sekolah dulu...tapi ni berlainan skit sebab dalam format PSA...camane format PSA tu ea? try search google format PSA tu..hmm..ade skit info..pastu download borang penyertaan drp websites tu..
then search lg info pasal pendermaan organ...seharian duk kat bilik cari bahan ni...adik2 mula hairan pasal apa kakak dia khusyuk sgt nih! ma pun dah mula jenguk kat bilik...prihatin pada si anak...huhu...

alkisahnyer bila da baca info2 pasal pendermaan organ....

pada awalnyer bersemangat terus jd down...huhu..sebab baca cerita kisah2 dan pengalaman dr yg pernah menjadi penderma organ..hm..sebelum jd penderma sebaiknya kita kaji apa risikonyo..risiko jangka panjang dan pendek..

terdetik di hati aku, "rupa2 nye menjadi penulis ni bukan setakat menulis..tetapi harus menghayati dan mengkaji fakta-fakta sesuatu perkara tu utk mendapatkan idea bg memulakan penulisan".

tiba2 jer semangat nak buat skrip tu dtg blk... harap2 nyer dpt lah aku buat skrip tu ea...huhu..

12 September 2011

raya, raya,raya.....

hari ke-14 syawal bermakna dah 14 hari sudah raya aidilfitri diraikan oleh umat islam ......rasanyer masih sempat utk aku ucap selamat hari raya aidilfitri!!!
maaf zahir batin!! buat blog readers yg beragama islam ......


hm...kalo tgk kat blog2 org kebanyakannya dah update pasal raya kan...meriah jer raya...namun ada jugak yg digenangi kesedihan tatkala org yg disayangi pulang ke rahmatullah...pastinye keadaan ini merubah suasana syawal kita kan...jadi kita yg masih dikelilingi yg tersayang seharusnya bersyukur dengan nikmat yg diberikan Allah ini..hargailah setiap detik dan ketika bersama org yg kita sayang terutama keluarga kita...


"bahagiaku adalah jika keluargaku bahagia"
jom berkenalan dgn keluargaku...hehe..




nah..inilah..ayahanda n bonda yg tercinta...huhuhu..nak jugak baju sepasang u!bukan senang nk snap gambar ma n abah camni tau! diorg x suka bergambar..sebab tu anak dia pun x suka bergambar gak(*eh ye ke x suka?...huhu*)..




alkisahnyer...ni kakak sulung aku..maklum lah aku ada 2 kakak na n ni..tp bukan kembar tau..tp ni 'Na' berposing ngan adik aku Adee (handsome x adik aku? haha..)nama je adik..tp aku rasa cam aku pulak adik diorg...


yg baju hijau tu adik aku yg last n sebelahnye yg kedua last...ume n yati


ni lah kakakyg second tu..'Ni'...(tercuit dgn gelagat sepupuku yg sorang ni.)


yg kedua kat depan ni ---abang Din...abang aku satu-satunye...di apit oleh sepupu2...asal baju sepesen je? huhu...ni time kenduri kawen sepupu la..diorang jd 'jung kako' kate org kelate..huhu.kenduri kawen time raya ni meriah bila semua sedara berkumpul.




ni adik bawah drp aku...Ajik...satu2 nye pengkritik hebat masakanku...tp kritikan membina aku terima jer..hahah...


hmm...keluarga..mereka lah kawan mereka lah teman......

06 July 2011

internship experience...

hari ni bosan skit..jadi nk update blog jela...
ni minggu 8 da LI sebenarnya...jd nk share la skit experience kat CELCOM kb ni....

sebelum tu jom tengok dulu tempat LI nyer ye...


figure 1: KBX office

ha..ni le dia officenye... Office ni kita panggil dia KBX(kota bharu exchange) dimana sini hanya terdiri drp 2 department sahaja- FOD (Field operation department) and switching department..staff lak hanya ada 12 orang je ,7 di deparment FOD and 4 switching yg mana semuanye laki...
centre CELCOM lak di jalan sri cemerlang .semua bahagian marketing ada kat situ..KBX ni utk engineering je..

first day- report kat organization..aku diperkenalkan dengan segala equipment yg ada dekat KBX. KBX ni adalah salah satu drp 2 main switch di eastern region ni..satu lagi ada kat kuantan..di dalam ni ada equipment dari Ericsson, Alcatel, Huawei, Nortel, NEC.....Dari situ aku mula kenal RBS/ BTS, RNC/MUX/DSX, BSE.

2nd day n so on....- pergi site utk tengok fault n try solve problem tu...banyak site gak pergi setakat ni...ha sebelum tu lupa nk cakap..KBX ni merangkumi 300 sites termasuklah di bahagian tumpat, pasir mas, kota bharu, pengkalan chepa, ketereh, bachok, pasir puteh...melalui deparment ni bleh tau lah apa problemnye bila setiap kali x de coverage, bila kita call selalu putus2, drop calls, ada sekali2 coverage broadband problem..selama ni kita juz tau melalui teori" non clear line of sight(NLOS) due to...." Tapi bila dengan company ni bleh tgk sendiri la problemnye bila pergi site kan..

jom tgk dulu equipment yg diguna


figure 2: modem


figure 3: RBS 2G dan Node B( 3G) indoor


 hmm...problem tuk attcah picca...sambung di next entry k...(^_^)....


22 June 2011

hu

di saat sahabat2 yg len sibuk mencari kerja..isi2 borang, interview sana sini.Malah ada yg further studies.sibuk berproposal..aku jugak yg masih terkontang kanting seorg diri duk wat LI... sabarlah wahai hati...rezki Allah ada dimana2....

04 May 2011

final exam for last semester

hari ini kita beralih ke topik exam plak...

 
Akhirnya...paper kedua final exam dah pun selamat dijawab dan dihantar kepada dr... 2 jam setengah warga SET memberikan tumpuan penuh utk jawab final subjek SET 4523 optical communication ni... semua khusyuk je nampak ...sempat je duk usha2 ek.....x caye cuba tengok gambar kat bawah ni...
gambar yg diambil oleh dr sevia time kitorang ngah khusyuk jawab exam...

time ni aku duk meja depan...nampak la dr ngah keluarkan hp dia menghala ke kitorang ngah jawab exam ni..

maka ni lah picture yang dr snap...semua khusyuk je...ye lah...time setengah jam pertama kot..
best gak jawab optik ni...kekeke...


time nak mulakan stady tu punyalah susah nak masuk dalam kepala otak ni...
tapi alhamdullillah...


hmm..lepas ni last akustik lak  ye kengkawan....
 and the important thing that we need to do is completing the thesis...
time ni je lah kita nak latih diri jadi editor...
mengedit thesis dulu...then mana tau esok lusa jadi editor tuk majalah ke ape ke...hehe..
 ok lah...
all the best ok!!

01 May 2011

6:15 am

salam n selamat pagi to all my blog readers.....
pasti time ni ramai yg tengah lena kan...kan...
tapi kalo u all baca entry ni after 6:15 sure la u all da bangun...hehe

orang kata hari yang baik dimulakan dengan perkara yang baik....betul x?
so...kita solat subuh dulu sebelum mulakan ape2...
eh...saya dah solat...anda bagaimana?
hm..solat ni lah meneguhkan iman kita..
solat boleh menenangkan jiwa kita...
"solat itu tiang agama"...itulah yang sering diajar sejak dari kecik..ye x..
tanpa tiang runtuhlah segala bumbungnya....dan berkecailah segala isinya...
seperti manusia...jika kita meninggalkan solat maka pincanglah segala amal perbuatan kita...
pernah x anda merasa tidak tenang apabila tertinggal solat? 
contohnya terbangun subuh selepas waktunya?
"hehe"...tu je bley jawab kan....
berdoalah pada Allah agar dipelihara solat kita..

mungkin kita bleh tolong kejutkan mana2 yg belum solatkan?
eh jap...roomate aku da bangun solat belum ek?hehe...


"jadikan hari ini lebih baik dari semalam ok!!"





02 January 2011

start kuliah daa

mulakan kuliah dgn mood yg ceria n bersemangat lah ye!
harap2 sem baru ni memberikan aku sedetik kejayaan...
agar bisa aku jadikan kenangan terindah untuk hidup ku ini...

31 December 2010

permulaan blogging

bismillahirrahmanirrahim...
1/1/11...setelah 2010 ditutup tirainya...jendela 2011 pula dibuka...
hari permulaan bagi dunia blog ku...
memandangkan musim cuti ni tanpa dbebani apa2 kerja, dapat lah aku menulis blog ni...
nk kongsi la sedikit sebanyak pengetahuan n pengalaman sepanjang hidup ni....
maklumlah...umur semakin beranjak ke usia dewasa
dan x lama lagi hidup juga bakal berubah dari alam pelajar memasuki alam pekerjaan...
neves n takut gak ni nk masuk alam pekerjaan...huhu
alam pekerjaan ni alam realiti...bezaa saangat dengan alam pelajar...
di mana ia perlukan commitment yg cukup tinggi bila kita memasuki alam pekerjaaan ni...
cabaran pun bleh tahan gak mencabarnye...ni berdasarkan pengalaman orang yang sudah bekerja la kan..

hari ni sudah beranjak ke tahun  baru rupanya kita ya...
eloklah..sempena tahun baru ni kita mulakan azam baru..tetapkan azam...bina strategi...jalankan misi..istiqamah dalam perbuatan...mungkin akan berjaya..
mungkin ada yg kita hajati tahun lepas tidak tercapai...
jadi kita bleh kaji balik apa faktor yang menjadi penghalangnya 
bila kita da tau faktor tu senang tuk kita bina strategi baru....
kata orang putih " if you fail to plan then you plan to fail"..
hmm...perancangan tu penting ye...jadi rancang elok2 apa yg nk d lakukan tahun ni..
ni demi masa depan kita gak la kan..
hmm...lastly...nk ucapkan selamat tahun baru la...
enjoy your new days!!