Automatic Slideshow


Change image every 2 seconds:






1 / 3


Caption Text




2 / 3


Caption Two




3 / 3


Caption Three
















23 July 2017

BELAJAR MEMANDU

BELAJAR MEMANDU 
     
Salam olls.. haa…ada yang tengah tercari2 tempat untuk belajar memandu yang sesuai atau yang best di shah alam area? Adik2 lepasan spm khususnya..Jom baca pengalaman saya ambil lesen belajar memandu … mana tahu ini dapat bantu anda membuat pilihan institut memandu yang sesuai dengan anda.

Sebelum bertemu dengan agensi memandu pilihan,pada awalnya saya juga seperti anda tercari2 diinternet tempat yang sesuai untuk saya belajar  memandu. Criteria seperti dibawah semestinya menjadi pilihan kan:

1. kos atau harga belajar murah
2. ada pengangkutan dari rumah ke akedemi  memandu(bagi tiada pengangkutan)
3. tenaga pengajar bagus
4. jadual masa yang flexibel  dan sesuai
5. pengurusan lesen yang cepat dan cekap
6. mudah lulus
7. tempoh belajar yang singkat
8. agensi sekolah memandu berdaftar
9. lokasi dekat tempat tinggal
10.kaedah bayaran flexible

Pencarian di internet menemukan saya dengan agensi  SEKOLAH MEMANDU NASH  dibawah Institut Mandu Cekap . Lokasi agensi terletak di seksyen 2 shah alam sementara tempat latihan di seksyen 25 subang hi tech.s.a.

Pakej yang saya pilih- belajar memandu kereta (kelas D) manual sekali dengan pengangkutan dr rumah yg memakan kos 1k++..kalau ambil lessen kereta automatic mahal skit la dr manual.. n lessen auto hanya boleh bawa auto shaja tapi lesen manual both kita boleh bawa after dpt lesen nanti…

 sepanjang  tempoh belajar memandu ,saya berurusan dengan kak Normi yg sgt sporting menguruskan jadual2  belajar  memandu saya. Memandangkan saya bekerja, saya hanya memilih untuk latihan pada hari sabtu dan ahad sahaja..nak habiskan lesen ni saya ambil masa 8 bln memndgkn byk cuti blk kg jugak hari sbtu ahad plus event n meeting kerja.. bg jadual straight, plg minimum lessen boleh hbskn dlm 3 bulan..kereta kancil digunakan sepanjang latihan memandu namun berbeza pula semasa ujian, kereta viva . aish pelik pulak? Camane nak lulus kalau dah belajar kereta lain time test kereta lain? ye x? haa..lepas dah dapat lesen tentu anda nak pakai pelbagai kereta betul x? x semestinya  kancil jee.. macam vios,kia, Honda ,Peugeout, myvi.. n pelbagai variasi kereta pilihan…

Pengajar saya sepanjang latihan, en hairul. Muka iras2 adlin pelakon tu. Agensi ni ada beberapa tenaga pengajar dua drpnya perempuan dan semuanya melayu. Ada yang request tenaga pengajar perempuan bagi perempuan yg menjaga aurat dan batas (sebelum tu sy x tau plak bleh request ).  Sepanjang  latihan bukan sahaja diajar memandu, malah  en hairul turut menerangkn fungsi2 komponen di dlm enjin ..ye lah..time saya ambil ni baru je silibus ditambahbaik sebab tu lah kos blajar pun naik..time test tu mesti kene terangkan pasal enjin2 tu dpn jpj nanti.. jd bg adik2 tu..hangpa kena la paham, hapai n ingat noh..  
Pengajar ni guide sy dr zero sampai la sy boleh bw kereta n lulus. Sebelum ni sy x pernah memandu n sepanjg latihan x pernah mandu kereta lain… 15 jam +1 jam tambahan masa latihan complete.then test.. TERIMA KASIH guru.

Test JPJ saya ketika itu menyeronokkan..pasai  pa?hUJAn lebat…… sampai sesi ujian ditangguhkn sementara. .sehingga debaran n gementar tu hilang sekejap… sesi di dlm litar dijlnkn ketika hujan renyai..sesi jalan raya saya punye turn yg ke2 last. Time ni tinggal dlm 4 org jer student. Maklumlah hampir pukul 6 ramai yg da settle. Dr pukul 10—6..memakan masa 1 hari wokey untuk ujian… bagi sy, the whole jpj terlibat pada waktu itu is all nice, x cerewet unless kita buat major fault. Dan ramai yg lulus. Alhamdulillah, saya telah lulus dengan sekali test…takut benar failed..melayng  350 sekali failed..jd hati2 n buat betui2 time test kalo x mo duit senang 2 melayang……

Hm…saranan bagi yg baru nk mula belajar n x tahu apa2 ..khususnya adik2 lepasan spm, juga buat yg ada komitmen  dgn kerja n berkejar dgn masa, u better go to agensi la.. sebab agensi  memudahkan urusan kita. Pengalamn kawan sy ambil lain agensi kena pergi sendiri pjbt jpj utk proses mohon lessen after test.ini makan kos tmbg pengngkutan selain ambik time kita. tp bersama agensi ini memudahkn sy mula dr dftr sampai dapat lessen. Semua diuruskn..

Psstt..hari last kak normi gitau kalo saya bawa orang utk wat lessen ngan dia, dia akan bg skit komisen…so, readers yg jumpa blog ni yg nk ambik lessen situ jgn lupa mention yer..hehe.kot la dapat komisen.hehe.

















28 February 2017

Visit MARDI AGROPARK CAMERON HIGHLAND

salam alls...

lamaaanya tinggal blog ni... dah berhabuk sawang bagai daa..
entri kali ni nak share dengan u olls time singgah di Cameron highland selepas p kenduri weekend baru ni.. kenduri majlis bertandang cousin ke kampung gajah perak... majlis bertandang aka sambut menantu konvoi 6 buah kereta... kami bertolak pagi jumaat sampai petang pukul 4 lebih di simpang pulai sebelum di bawa ke kampung gajah yg mengambil masa sejam lebih sebelum tiba di inap homestay yg di tempah khas pihak lelaki. apa yang menariknya datang ke perak kali ini dapat tgk live lumba basikal le tour de langkawi yg melalui route menghala ke pantai remis..meriah sungguh dengan sorakan kanak2 ketika  para pelumba merentasi hadapan homestay yg kami menginap..

selesai majlis kenduri kami mula bertolak pulang..kami berpecah ada yg mengambil laluan pulang melalui gerik dan melalui cameron. tapi kami memilih melalui cameron untuk singgah di tempat adik lelaki kami yang tinggal di cameron. memandangkan trip kami masih jauh dan malam bakal menjelma tambah khuatir bila drive malam pencahayaan kurang jelas..jadi kami buat keputusan utk stay di tempat adik kami pada mlm tersebut...

singgah di Cameron highland ini sempatlah kami melawati taman teknologi MARDI yang terletak di Tanah Rata. lebih kurang 10 minit dari kawasan rumah sewa adik kami. jangan x tahu entrance ke taman MARDI ini bertiket tau! x mahal pun.. cuma  RM 3 bagi dewasa. memang wow lah landskap yang dibina di sini... bagi sesape yang nak buat fotografi memang sesuai sangat..view Cantik!! Selain boleh tgk penanaman sayuran disini tau..  x nak cakap banyak lah...


 jom tgk gambar yg sempat di snap dulu..















05 September 2015

BERSAMA DUNIA KANAK-KANAK


 

Zaman kanak2 semestinya menjadi zaman yg paling manis dalam memori seseorang betul x? Namun, di era globalisasi yg serba canggih ini, masih ada kanak2 yg melalui pengalaman pahit bila adanya penderaan, penyeksaan dan pengabaian oleh ibu bapa serta ahli keluarga. Malah, sekarang ini banyak disiarkan berita penderaan oleh pihak ketiga iaitu dari pusat jagaan/asuhan..Kesan penderaan ini akan memberi kesan terhadap dunia kanak2 utk membesar dgn baik..Zaman ini menjadi penting bagi membentuk kepribadian dalam diri kanak2 semestinya.. seperti kata org " bagai mencorakkan warna ke kain putih"...jika pandai mencorakkannya,, maka cantiklah hasilnya..jika tidak..rosaklah coraknya... 


seusia aku semestinya ramai yg sudah bergelar ibu/bapa kan?..ada yg sudah mempunyai seorg atau dua org anak.. dan ada juga yg baru hendak menerima 'orang baru' iaitu anak kecil. Semestinya, ibu bapa yg kurang berpengalaman dalam dunia kanak2 ini menjadi nervous dalam menguruskan anak2 kecil mereka sendiri terutamanya terhadap anak kecil seawal usia satu atau 2 bulan...maka..solusinya.. pemilihan taska menjadi option.. pengalaman di dlm bidg pengasuhan sedikit sebyk memberikn gmbaran kepadaku terhadap situasi ibu bapa berkerjaya dalam menjaga anak2 mereka. ada ibu bapa yg hebat dalam kerjaya tetapi bila berhadapan dengan dunia anak kecil menjadikan dia nervous terutamanya bagi si ayah.. mengambil contoh mudah dalm menyusukan bayi.. bagi anak kecil seusia 1 atau 2 bln kebiasaanya penyusuan bayi oleh ibu.. namun, dlm keadaan tertentu si ayah perlu membantu ibu menyusukan bayi..si ayah yg baru hendak belajar menyusukan bayi akan mengalami kesukaran utk menyusukan bayi mereka..tersilap langkah, bayi boleh tersedak susu. dan keadaan ini akan menjadi trauma bukan sj pada anak malah kepada si bapa itu sendiri  utk terus membantu si isteri menyusukan bayi mereka. di sini lah pentingnya ilmu teknik penyusuan bayi..

Berada bersama kanak2 memberikan pelbagai ragam yg menghiburkan, mencuit hati malah ada yg menyesakkan dada (marah..konon..huhu)..Oleh itu..jadilah org yg sabar dalam menghadapi dunia kanak2. bila "kita sejahtera..kanak2 sejahtera" okies..





05 January 2013

2013... titik fokus?

Salam & selamat tahun baru semua...terasa begitu cepat masa berlalu kan.....

semestinya setiap kali angka bertukar angka..
maka seiring dengan itu, azam baru juga turut tercipta..betul x?


2012 then 2013... 
akan ada perubahan pada titik fokus dalam minda kita...samada pada kerjaya, pelajaran, rumah tangga... dan sebagainya.. demi sebuah kehidupan! ia harus ditentukan....
Dalam mencari titik fokus.... tentukan niat kita.. niat itu DOA... 
setiap perbuatan kita seharusnya dimulakan dengan DOA... menjadikan kbergantungan kita pada ALLAH swt.. kerana yang menentukan kehidupan kita adalah ALLAH swt.. kata orang "hidup umpama roda".. ada masa  kita di atas dan ada masa kita dibawah.. hanya ALLAH yang tahu bila waktu dan ketikanya... maka berniat dan berdoalah pada ALLAH agar dipermudahkan segala urusan..

Memetik kata2 seorang falsafah inggeris mengatakan " What we do in the world is a consequence of what we think and how we do in the world is a result of how we think" . benar...apa yang kita buat itu yg kita fikir dan bagaimana kita bertindak itulah hasil pemikiran kita... jadi berfikir sebelum bertindak! itulah yang harus disematkan dalam diri kita...

jika azam tahun lepas tidak dapat disempurnakan..jangan mudah putus asa okies!..kerana 
"one can deal with no problem when one can analyzed its nature!"...



30 July 2012

salam ramadhan ....

salam all... 
selamat berpuasa.....dan selamat bersahur(maklumlah jam laptop sekarang dah pukul 4:06am..huhu)..amalkanlah sahur..kerana BERSAHUR itu adalah sunnah selain ia menjaga kesihatan dan memberikan kita kecergasan bagi melakukan aktiviti di waktu siang....


dan di bulan ramadhan ini lipat gandakanlah ibadat dengan melakukan aktiviti di waktu malam iaitu dengan melakukan solat2 sunat, sekurang2nya dengan melakukan solat sunat 2 /4 rakaat, banyakkan membaca al quran di mana kita diseru untuk mengkhatamkan alquran dengan sekurang-kurangnya dengan satu kali khatam iaitu  dengan bacaan 30 juzuk alquran...


jadi..sebelum bersahur eloklah kita bersolat sunat terlebih dahulu sekiranya kita bangun awal...ini kerana kita disunatkan untuk melewatkan BERSAHUR dan mempercepatkan BERBUKA puasa... jadi manfaatkanlah waktu di bulan ramadhan ini dengan mengisi masa2 terluang dengan melakukan ibadah2 sunat yang boleh menambahkan pahala selain mendatangkan kebaikan terhadap diri dan kehidupan kita...

jadi to all...
"sama2lah kita gandakan usaha beribadah dismping mengelakkan perkara2 mendatangkan makruh/batal puasa ye!"